Syarat & Terma Pembelian
Pakej Mini PLR (PMP)
versi 2.0
Anda perlulah mematuhi dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak
kami bagi memberikan keselesaan kepada anda dan juga pengguna yang lain dan
untuk mengelakkan sebarang permasalahan yang akan berlaku :
1. Para pembeli yang budiman hendaklah
mengikuti setiap langkah-langkah pembelian yang telah ditetapkan oleh kami agar proses pengesahan pembayaran dapat
dilakukan dengan lancar.
2. Anda juga perlu memasukkan setiap
maklumat atau data yang betul dan jelas pada borang pengesahan bayaran. Proses
pengesahan, penghantaran link download atau pengeposan produk akan menjadi
lambat dan bermasalah jika proses ini gagal anda lakukan dengan cermat dan
teliti.
3. Setiap Link download yang
dihantarkan kepada anda MESTI DIRAHSIAKAN dan
merupakan hak milik anda sahaja. Link download kami merupakan amanah yang
dipertanggunjawabkan kepada anda agar tidak memberikannya kepada sesiapa saja
sesuka hati. Pihak kami akan
mengambil tindakan tegas jika didapati anda memberikan link download kami sesuka
hati.
4. Jika terdapat sebarang
masalah dengan link download, file rosak (corrupt), hilang, berlaku
perkara yang meragukan atau sebagainya, sila laporkan dengan seberapa
segera kepada kami agar kami dapat mengatasinya dengan segera.
5.
Jika anda menghadapi masalah untuk memuat turun produk disebabkan
talian internet yang perlahan seperti dial-up, tiada talian internet
atau terpaksa pergi kafe siber dan sebagainya, pihak kami menyediakan
produk ini dalam bentuk DVD yang akan dipos menggunakan Pos
Ekspress ke alamat anda. Walaubagaimanapun, kami akan mengenakan caj
penghantaran sebanyak RM5.
6. Pihak Kami Tidak Menjamin bahawa maklumat yang terkandung di dalam pakej ini ini adalah
tepat dan lengkap. Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang risiko,
kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat
penggunaan dan aplikasi kandungan produk ini, secara langsung atau tidak
langsung.
7.
Jaminan pulangan
wang tidak diberikan kerana produk ini adalah PRODUK DIGITAL di mana
pembeli mampu membuat salinan peribadi tanpa pengetahuan kami jika kami
kembalikan wang anda tersebut. Namun demikian, hak anda tetap kami utamakan
dimana setiap pembeli akan diberikan bantuan dan support di dalam menyelesaikan
masalah yang berkaitan dengan produk-produk tersebut. Oleh itu jika anda tidak
berpuas hati dengan syarat ini maka kami nasihatkan agar anda tidak membeli
produk ini.
8. Anda TIDAK DIBENARKAN untuk menjual semula pakej Yang
Ditawarkan Oleh Kami sebagaimana yang telah kami tawarkan ini. Anda perlulah memasarkannya mengikut kreativiti anda
sendiri dan menggunakan bonus anda sendiri - Jangan Tiru,
Anda Perlu Kreatif!
9. Anda juga TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan Website kami dan
bahan-bahan yang terkandung di dalamnya untuk apa jua tujuan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.
10. Anda perlulah mengetahui serba sedikit tentang ilmu komputer
seperti berkaitan dengan perisian atau penggunaannya.
11. Anda dinasihatkan untuk membuat pesanan
sekiranya anda benar - benar memerlukan produk ini untuk
mengelakkan perasaan tidak puas hati serta untuk keselesaan anda dan
saya juga. Jangan membuat pesanan jika anda tidak memerlukan
produk ini.
12. Sebarang pertanyaan mengenai produk, sila hubungi saya melalui email di : juliussalok@gmail.com
Julius, saya faham dan BERSETUJU dengan syarat pembelian di atas. Oleh itu, bawa saya ke ruangan tempahan sekarang!
Yang Ikhlas,
Julius Salok Kassy
Admin, Pakej
Mini PLR versi 2.0
Laman Utama ::
Tempahan
|